|

Returns, Refunds & Exchanges Policy

Anda dikehendaki untuk memeriksa barang yang telah sampai dengan segera dan perlu memaklumkan kepada kami jika ada sebarang kecacatan pada barang dalam tempoh 1-2 hari dari tarikh barang diterima.

Untuk pengembalian, barang tersebut mestilah dalam keadaan asal iaitu tidak digunakan, melainkan jika terdapat kecacatan pengilang. Kembalikan barang tersebut dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian. 


Prosedur Pengembalian Barang

1. Isi butiran pengembalian barang pada halaman Product Returns.

2. Hantar barang tersebut ke alamat di bawah:

    Mariani Binti Jamil,

    KN 0401, Kampung Kerupang 2,

    Jalan Kerupang,  

    87000 W.P. Labuan.

3. Pihak kami akan menghubungi anda dan berbincang samada anda ingin wang dikembalikan atau penukaran barang dilakukan.


Pengembalian yang Tidak Diterima

Barangan yang ingin dikembalikan perlulah dalam keadaan asal ketika sampai kepada anda, tidak digunakan atau diubah. Polisi ini terbatal serta merta jika syarat-syarat ini tidak dipatuhi.


Penukaran Barang

Sebarang penukaran barang hanya tertakluk pada produk yang sama. Contohnya, jika anda membeli Balang Kaca dan mendapati bahagian penutup pecah atau retak, pihak kami akan membuat penukaran penutup sahaja dan bukannya keseluruhan barang. 


Refund

Pembelian yang telah berjaya dan tiada sebarang aduan selepas 2 hari dari tarikh barang diterima adalah dikira sah. Perlu diingat, barang yang telah dibeli tidak boleh ditukar ganti dengan wang atau barang lain yang sama nilainya. Wang hanya dikembalikan setelah pelanggan tidak berpuas hati dengan penukaran barang yang dilakukan oleh pembekal kami. 

Perhatian: Pihak kami berhak membatalkan pesanan dan mengembalikan wang anda sekiranya barang yang dibeli "Out of Stock". Perkara sebegini boleh terjadi apabila terdapat permintaan yang terlalu banyak ke atas satu-satu produk/barang pada masa yang sama, dan kami gagal untuk mengemaskini database pada ketika itu.