|

Baucer Pembelian

Nak dapatkan lebih diskaun ketika membeli-belah di BorongShop.com? Caranya sungguh mudah. Hanya ulas atau beri maklum balas kepada produk yang telah anda beli, dan kami akan beri anda baucer bernilai sehingga RM10 bagi setiap ulasan.

Kami menawarkan kepada para pelanggan kami dengan baucer RM5 dan RM10 sebagai tanda terima kasih diatas sokongan anda. Baucer RM5 akan diberikan bagi setiap pembelian bernilai RM100 dan ke bawah, manakala baucer RM10 pula akan diberikan bagi setiap pembelian bernilai RM101 dan ke atas.

Bagaimana Cara Mengulas Produk

Sebelum mengulas produk yang anda beli, sila login ke akaun anda terlebih dahulu. Kemudian, klik pada pautan "Order History", seterusnya klik pautan "View" (simbol mata) dan klik pada nama produk yang telah anda beli. Untuk lebih jelas lagi, sila lihat video di bawah ini.  

PERHATIAN: Anda dikehendaki memberi maklum balas ke atas produk yang telah anda telah beli sahaja bagi melayakkan anda menerima baucer daripada kami.

Maklumat Baucer

baucer pembelian online

Baucer tertakluk kepada terma dan syarat di bawah: 

  • 1. Tarikh luput baucer adalah 6 bulan daripada tarikh diberikan. 
  • 2. Terhad untuk satu pembelian sahaja bagi setiap baucer.
  • 3. Baucer tidak boleh ditukar dengan wang. Hanya boleh digunakan untuk pembelian seterusnya sahaja.
  • 4. Boleh digunakan untuk semua produk yang terdapat di dalam BorongShop.com
  • 5. Baucer hanya boleh digunakan sekali sahaja. Setelah digunakan, baucer secara automatik akan luput.

Cara Menggunakan Baucer

Baucer yang kami berikan adalah dalam bentuk VOUCHER CODE unik dimana setiap pembeli akan menerima kod yang berlainan. Kod ini perlu digunakan sebelum anda CHECKOUT dan membuat pembayaran. Sila lihat video di bawah untuk maklumat lanjut.