|

About Us

BorongShop.com merupakan sebuah kedai online tempatan, direka khas bagi mendedahkan para pembeli dengan lebih daripada 200 jenis barangan/produk/peralatan dapur dan keperluan memasak dari pembekal di seluruh Malaysia. 

Sesuai dengan nama BorongShop.com, kami menawarkan pelbagai barangan dapur pada harga borong yang mana tidak ditawarkan di mana-mana kedai online tempatan.


Pelbagai Barangan untuk Dipilih

Kini, anda tidak perlu lagi keluar rumah untuk membeli perkakas dapur ataupun alatan memasak. Di BorongShop.com, semua itu boleh dilakukan melalui komputer ataupun telefon pintar anda. Dengan kepelbagaian produk yang tersedia dari kuali, periuk sehinggalah tempat simpanan makanan, kami pasti kunjungan anda ke sini sangat berbaloi!


Membeli-Belah Dengan Mudah

Lupakan pada kesesakan jalan raya dan anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk membuat pembayaran. Kedai online kami boleh diakses melalui komputer, laptop, tablet, telefon pintar, pada bila-bila masa dan dimana jua. 

Dengan hanya beberapa klik sahaja, anda boleh cari dan beli barangan yang anda ingini di BorongShop.com. Apa yang anda perlu buat adalah santai bersama keluarga dan tunggu barang dihantar di hadapan pintu rumah anda.


Membeli-Belah Dengan Selamat

Kami memahami tentang betapa pentingnya keselamatan ketika membeli-belah terutamanya di internet kerana kami juga pelanggan seperti anda. Oleh yang demikian, kami menyediakan pilihan pembayaran atas talian yang selamat melalui bank-bank yang terpilih.

Disamping itu, kami menyediakan "1-to-1 replacement" untuk barang-barang yang rosak, cacat ataupun pecah semasa proses penghantaran. Pastikan anda memaklumkan kepada kami masalah kerosakan dalam jangka masa 1-2 hari setelah barang sampai atau tiada sebarang penggantian.

Anda dinasihatkan untuk membaca Terma & Syarat kami sebelum membuat sebarang pembelian.


Khidmat Pelanggan

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Contact Form yang disediakan. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menjawab kemusykilan anda dalam masa 24jam.